Marley And Me

Marley And Me Marley And Me

Crank:High Voltage

Crank:High Voltage Crank:High Voltage

WATCHMEN - The Movie

WATCHMEN - The Movie WATCHMEN - The Movie

Bedtime Stories

Bedtime Stories Bedtime Stories
Latest News

Ikan Bolty (البلطي )

Posted by Pretty on Monday, November 5, 2007 , under | comments (1)



Ikan bulti atau di Malaya disebut talapia or tilapia, di zagazig city ada yang menyebut samak mesyt ( سمك المشط) banyak terdapat di kawasan tropical ( المناطق المدارية ) iaitu kawasan yg letaknya berhampiran dgn garisan Khatulistiwa (antara garisan Jadi dan garisan Sartan).

Sifatnya yang mudah membiak(قدرتها على مقاومة زيادة الكثافة) dan tahan lasak menyebabkan ianya senang di pelihara di kolam-kolam untuk dicommercialkan(لاغراض تجارية) khususnya di wilayah Sharqiah.

Ikan-ikan yang dipelihara dikolam biasanya untuk beberapa bulan sehingga mencapai berat yang munasabah (إلى الوزن التسويقي) sebelum dipasarkan, ini untuk memperseimbangkan pembiakan ikan dikolam.

Tempat asal ikan Bulthi.
Ikan ini didapati dikawasan air tawar ( المياه العذبة ) atau kawasan air payau sedikit kemasinan 'salinity' ( قليلة الملوحة ) dan di kawasan tropical ( المناطق الاستوائية ) atau subtropical (شبه الاستوائية ) di belah Afrika dan South America, diintiqolkan spesis bolty ke bahagian selatan Asia dan dataran Hindi, mula dikormesialkan dan dipelihara di dalam kolam ( أحواض اصطناعية ) pada permulaan suku kedua abad duapuluh di Kenya. Buat pertama kalinya bolty hitam (البلطى الأسود) di ujiternak disusuli dengan bolty Mozambie (Oreochromis mossambicus) di akhir kurun ke 30 (أواخر الثلاثينات) selepas itu berkembanglah pembiakan ikan bolty diserata tempat dengan berbagai jenis iakn dari usroh bolty.

Ikan bolty ini termasuk dalam keluarga Cichili dae yang mempunyai 450 spesis. Tilapia dianggap common name (الاسم الشائع) atau nama biasa yang lazimnya diguna untuk spesies ikan jenis ini, ada terdapat 3 jenis yang tersohor dalam keluarga Cichili dae, Oreochromis, Sarotherodon dan Tilapia. Dari jenis tilapialah kebiasaanya diternak untuk dikomersialkan seperti 1- Bolty Zille 2- Bolty puteh atau gallilea 3- Bolty biru atau aurea(Oreochromis aureus) dan 4- Bolty Nilie atau Nilotica.

Ikan Bolty di Zagazig.
Di zagazig ikan bolty banyak terdapat di sungai Moeus, cabang atau furuq sungai Nile. Sungai moeis ini tidaklah dikira sungai yang luas jika dibandingkan dengan yang asalnya di Cairo, dikenali dengan panggilan bolty atau Mesyt dikalangan pemancing tegar dipesisiran sungai, mudah didapati di sepanjang sungai, bermain digigi-gigi air dikawasan air hadi', terdapat jenis-jenis yang ma'rof dikalangan arab seperti sultoni, elazro', elhijazie, elmalqowie, ennadir dan elabyadh.

Boleh dipancing samada dengan menggunakan lumut laut ( الريم ) cacing tanah (دود الأرض) birijin gandum yang diperam (القمح المنقوع = الغلة) dan tepung beruli (العجينة) , ikan bolty jenis higazi (الحجاري) biasanya bermain digigi air yang mempunyai rumput-rampai (النجيل) dan kawasan dalam yang berbatu, bagi jenis melqowie ( الملقاوي ) dan bolty puteh kebiasaannya mendiami kawasan sedikit berlumpur (الأرض الطينية الملساء) .

Diketahui waktu mengawan bagi spesis bolty di sini dua kali setahun bermula akhir bulan 3 (March) hingga bulan 5 (Mayyu) dan kali kedua bermula pada bulan 9 (September) hingga awal 11 (November), tempoh masa ini agak sukar untuk memancing bolty kerana proses pembiakan nya bermula dari yang jantan membuat sarang telur untuk induk betina bertelur seterusnya proses pembenihan luaran ( تلقيحا خارجي ) akan dilakukan oleh oleh induk jantanya. Seterusnya proses si induk betina akan menjaga telur-telur didalam mulut sehingga menetas, selepas penetasan proses atau marhalah terakhir dipanggil elbokh atau proses semburan kerana si induknya akan menjaga baby-babynya yang baru menetas didalam mulut untuk menjaga dari musuh-musuhnya terutama musuh tradisi Si Bayadh atau baung, sehingga pada kebiasaannya anak-anak ikan berukuran 2-3 ml dianggap mampu untuk berdesiri (berenang dgn sirip sendiri) bukan berdikari (berenang diatas kaki sendiri) . Sekian


Talapia Biru Talapia Kuning



Talapia Mozambie











Talapia Puteh


Talapia Zille


Talapia Merah








Bersambung dilain episod..nantikan jenis ikan lain pulok......




Berkenalan dengan ikan.

Posted by Pretty on Sunday, November 4, 2007 , under | comments (0)




Hamdalillah...jika di daratan lain iklim lainlah malamih orangnya, lain padang lainlah belalangnya, lain sungai lainlah ikanya, memang tepat pepatah itu kerana ikan hanya boleh tinggal disatu sungai sahaja di satu-satu masa. Kawe dahulu kala hanya kenal ikan pepuyu dan anak ruam sahaja sekarang cuba mencari dan mencedok spesis-spesis ikan setakat mampu, rupanya payah nak cedok, maka bermulalah hikayat membeli busoh untuk mengail....sebelum mengail di Nile River nih jomlah berkenalan dengan spesis-spesis ikan yang terdapat di dalam sungai terpanjang di dunia.

Erm..episod lain ajerlah kawe tulis jenis ikan-ikan dari sungai Nile erk..!!! Tengah kompol bahan, barulah nak post sini, mula-mula kita kenali ikan tempatan.

Ikan dalam bahasa arab dipanggil 'SAMAK' jamak atau pluralnya 'ASMAK' sungai pula river katanya omputeh arab kata 'ENNAHR'. dalam bahasa kelate dioyak 'IKE' orang ganu pulok pakat call 'IKANG' orang Prancis calling 'Le poisson' maknanya 'The Fish' German pula depa panggil 'Fische' kalau kat Itali depa kata 'Pesce' Spanish pula 'Pescado' orang Portugal yang tok nenek diorang pie travel kat Melaka dulu panggil 'Peixe' .Inilah serba sedikit perbezaan bahasa bangsa dunia.

Artikel di bawah diambil dari wikipedia melayu:

Ikan tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan, mempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan ikan adalah seperti berikut :-

Terdapat lebih daripada 27,000 spesies ikan, dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori utama:

  1. ikan bertulang keras (22,000 spesies)
  2. ikan bertulang rawan (800 spesies)
  3. ikan tanpa rahang (75 spesies)
Contoh-contoh haiwan dari keluarga ikan :-
  1. Ikan Angel
  2. Ikan Arowana
  3. Ikan Barb
  4. Ikan Cencaru
  5. Ikan Gelama Papan
  6. Ikan Jelawat
  7. Ikan Kalui Sabah
  8. Ikan Keli
  9. Ikan Patin
  10. Ikan Pelaga
  11. Ikan Tilapia
  12. Ikan Yu
  13. Ikan Tapah
  14. Ikan Baung
  15. Ikan Semilang Laut
  16. Ikan Bujuk
  17. Ikan Ketutu
  18. Ikan Sebelah Laut
  19. Ikan Toman
  20. Ikan Kap Kepala Besar
  21. Ikan Mas
  22. Ikan Pari
  23. Ikan Sia


  1. Ikan Belida
  2. Ikan Baung
  3. Ikan Kerapu
  4. Ikan Pelaga Siam
  5. Ikan Sepilau
  6. Ikan Sekila
  7. Ikan Siakap
  8. Ikan Siakap Merah
  9. Ikan Tilapia Merah
  10. Ikan Keli
  11. Ikan Lomah
  12. Ikan Ketutu
  13. Ikan Lampam Sungai
  14. Ikan Temperas
  15. Ikan Sia
  16. Ikan Terbul
  17. Ikan Seluang
  18. Ikan Tengalan
  19. Ikan Tengas
  20. Ikan Kelabau
  21. Ikan Toman
  22. Ikan Ketutu
  23. Ikan Sebarau
  24. Ikan Temakang
  25. Ikan Jelawat
  26. Ikan Lampan sungai
  27. Ikan Lomah
  28. Ikan Tengalan
  29. Ikan Sebarau
  30. Ikan Lampam Sungai
  31. Ikan Baung
  32. Ikan Tengas
  33. Ikan Kelah
  34. Ikan Baung
  35. Ikan Tengas
  36. Ikan Seluang
  37. Ikan Biji durian
  38. Ikan Daun
  39. Ikan Diskus
  40. Ikan Kepar
  41. Ikan Puyu



Budu sahabat kesihatan anda.

Posted by Pretty on , under | comments (0)



Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Khasiat Budu

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

[source:Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.]



Al-kesah min Nile River.

Posted by Pretty on Friday, November 2, 2007 , under | comments (0)



Nile River, sungai yang penuh dengan sejarah ketamadunan manusia sejah berkurun lama, sungai yang dianggap terpanjang di dunia merentasi 9 buah negara, panjangnya tak kurang dari 6,650 km (4,132 batu), walaupun ada penyelidik yang mengclaim Amazon river 'longer than Nile' aku cuma boleh bagi komen " lantak ngkolaah nak claim apo pong " bukanlah taknak percaya dengan yang diclaim sebagai fakta-fakta baru, macam-macam kebarangkalian kita boleh agak, mumkin saja-saja nak sohor kot, auw ada kepentingan pihak tertentu, bagi kawe yang memang ta'assub dengan kemesiran ni tetap kata Nile River 'longer than Amazon' , nak tengok pelbagai fakta geografi dunia bolehlah klik disini , ada juga yang mendakwa mata air baru sungai Nile ditemukan pedalaman hutan hujan Nyungwe, Rwanda.

Tapi kita jangan lupa, kita sebagai orang islam ada fakta kita sendiri, sumber hadis nabi menjadi pegangan, kata-kata ulama menjadi pedoman, dari kisah isro' dan mi'rojnya junjungan besar ada menyebut asal sungai Nile, sungai ini berasal dari Jannah, dua sungai yang berasal dari syurga iaitu Nile dn Furrot, Ya..! sudah tentu kedua-dua sungai inilah yang terpanjang, berasal dari sidroh dan mengalir ke bumi dengan kuasa Allah. berkata Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis tentang sungai nile dan furrot " Asal sungai Nile dan Furrot dari Syurga, mengalir keluar dari Sidroh mengikut kehendah tuhannya, kemudian keduanya mengalir turun ke bumi dan mengilir kearah yang ditentukan tuhan. wallahua'lam bissowab. [sumber]

Okey, kita abaikan asal-usul sungai Nile, suka qawe berkongsi sedikit kisah sungai Nile yang kita sayangi, kisah yang bermanfaat jika kita pandai mengambil manfaat, sungai bukan hanya tempat memancing dan mandi, dengan sungai kita boleh ambil teladanya, ibarat air dan sungai tidak dapat dipisahkan, jika berpisah rosaklah mudhof dan mudhofun ilaihnya :) , bermula kisah Nile yang ta'at.

Kita umat islam pasti tahu kisah bagaimana Saidina Amr bin Al-Al'ash mengadu kepada kalifaatuthanie Saidina Omar bin Al-Khattab tentang Nile yang semakin surut, penduduk mesir yang sejak zaman berzaman mengamalkan kekhurafatan dengan mengorbankan gadis sunti berhias sebagai pengorbanan dan tanda kesyukuran kepada sungai nile menjadi tak tentu arah, bermulakamahlah antara ketakwalan mereka dan adat songsang turun temurun lantas mereka mengadu kepada gabenor dan bercadang mengorbankan salah seorang anak gadis mereka, lalu Saidina Amr Bin Ash sebagai gabenor mesir mengutus surat menceritakan perihal bangsa dan negara kepada amirulmukminin.

Saidina Umar pun mengirim surat yang mashur kepada sungai nile yang berbunyi antara lain maksudnya " Jika kamu mengalir dari diri dan kuasamu sendiri kami sama-sekali tidak memerlukanmu, tapi jika mengalirnya kamu dengan kuasa dan kehendak Allah s.w.t, maka aku bermohon kepadaNya mengalirlah kamu seperti sediakala " kisah yang sangat mashur ini disaksikan oleh penduduk mesir pada waktu itu, inilah bukti kebenaran islam dan kekuasaan Ilahi, kekeramatn auliya'nya nyata, inilah waktu-waktu kekeramatan aulia'Nya dapat disaksi oleh masyarakat secara nyata.

bersambung dilain episod..........malas doh weh nok tulis.



Tokoh-tokoh tersohor Syarqiah

Posted by Pretty on , under | comments (0)



1) el-Zaiem Ahmad Erabie

Politikus yang menerangi sosiopolitik Mesir kelahiran Zagazig dari sebuah rief yang dikenali sebagai heriah roznah, mula merangkak dalam bidang ketenteraan Mesir sebelum mencebur diri dalam bidang politik sehingga dilantik menjadi Menteri.Pemuka dalam revolusi arab mesir dan bergiat cergas menghentam penjajah Inggeris pada masa itu, perjalanan hidup beliau penuh dengan onak dan duri, seorang tokok yang sangat terkenal sehingga nama beliau diabadikan sebagai tokoh tersohor mesir, sebuah tugu peringatan beliau dibina berhadapan mau'if qitor Zagazig di medan tahrir, dikuburkan ditempat kelahirannya di heriah roznah.
2) Muhammad Tola'at Harb
Seorang ahli ekonomi mesir dilahirkan tanggal 25 November 1868 berasal dari kampung myte Abu Ali, pengasas Bank Misr dan syarikat Insurans, beliau juga menubuhkan Syarikat Pertenunan.Juga bergiat aktif dalam bidang senisehingga tertubuhnya cinema misr, meninggal dunia pada tahun 1941 bulan ogos 23.

3) Al-Imam Akbar Dr Abdul Halim Mahmud.
Beliau dilahirkan ditempat yang dahulunya dikenali sebagai izbah Abu Ahmad sekarang
dipanggil orang Qoryah Salam yang bertempat di markaz Bilbis, bagaikan bulan yang menerangi ibarat bintang begemerlapan ilmunya bak sungai nile tak kunjung kering, namanya yang harum bagai fuul mewangi pagi tokoh ini merupakan bekas Syeikh Azhar yang sangat terkenal,bukan hanya kerna kealimanya yang diktiraf, juga seorang tokoh sufi yang terkemuka di Mesir, seorang ahlulkasyaf yang mampu mentransparentkan air yang keruh,pakar penyakit rohani yang bisa mengubat, keterampilan beliau bukan hanya dari segi hal ehwal agama sahaja, ketokohannya teserlah bersama kejayaan askar Mesir menghalau Israiel, jasad beliau ditanam dikampung kelahiran berhampiran dengan Masjid yang dinamakan sempena nama beliau, di masjid ini setiap tahun akan diadakan ihtifal memperingati jasanya....al-fatihah

4) Fikri Abbazoh.
Dilahirkan pada tahun 1893 di Qoryah Gadid markaz Minyal Qomah, seorang tokoh politik mesir yang disegani juga pengasas Darul Hilal Sohafiyah.

5) Aziz Abbazoh dan Dr. yusuff Edries
Kedua-dua tokoh kelahiran Syarqiah ini adalah sasterawan dan pengarang yang dikenali ramai, Dr Yusuff yang asalnya graduate Kuliah Tibb meninggalkan bidang yang diceburinya kerana minatnya yang mendalam dalam bidang penulisan.

6) Syeikh Khalid Muhammad Khalid.
Dilahirkan pada tahun 1920 dikampung Udwah terletak di markaz Hehya, ahli agama dan pemikir muslim yang hebat,salah seorang anggota majlis a'ala Mesir, beliau juga merupakan bekas amid ma'ahad buhuth islami, bergiat aktif dalam bidang penulisan kitab-kitab ugama, wafat pada tanggal 29 february 1996.

7) Seniman Abdul Halim Hafiz.
Seniman yang paling tersohor di Mesir ini dilahirkan pada 21 June 1929, nama asalnya Abdul Halim Shebanah berasal dari qoryah Halawaat di markaz Ibrahimiah Sharqiah, termasuk dalam senarai penyanyi dan tokoh seniman yang paling hebat di keseluruhan tanah arab, dengan suaranya yang merdu beliau di gelar ' Andalib Asmar' nisbah kepada burung andalib yang merdu suaranya, banyak mendendangkan lagu-lagu puitis dari penshair-penshair terkemuka Mesir seperti Nazar Qubbani dan Muhamad Hamzah.

Beliau bukan sahaja penyanyi number one Mesir dan merangkap guru muzik malah berbakat besar dalam bidang seni-lakon, banyak filem-filem lakonannya seperti Abi foukshagaroh, dalilah, eyyam wallayalie dll masih lagi ditayangkan di Mesir pada zaman hadhori ini.
30 March 1977 menyaksikan kematian beliau setelah dikatakan mengalami iltihab kebid (kawe tok ghetilah istilah tibb nih) mungkin dimaksudkan penyakit radang hati kerana percemaran darah disebabkan Schistosomiasis, pernah disiarkan di telivisyen Mesir kematian Abdul Halim Hafiz disebabkan cecacing dari sungai nile, awas...!!! kepada para pemancing di sungai Nile berhati-hati bermain air, jangan sesekali basuh luka anda dengan air sungai Nile kerana airnya telah tercemaaaaar...amaran oleh dakatroh Mesir!!

Dalam usia 48 tahun beliau pergi mengadap ilahi, jenazahnya diiringi ribuan peminat, kononnya ada peminat yang membunuh diri setelah diketahui beliau meninggal, betapa taksubnya peminat-peminat beliau.

Schistosomiasis : Penyakit disebabkan fluk darah Schistosoma, bercirikan anemia, keradangan dan pembentukan tisu parut.
Fluk : Nama am bagi cacing leper parasit Trematoda, yang biasa terdapat pada darah, usus, hati dan peparu.

8) Ahmed Zaky
Pelakon Mesir yang terkenal ini dilahirkan di bandar Zagazig pada 18 November 1949, Ahmad Zaki Mutawallie Abdul Rahman Badwie begitulah nama penuh kepada mumashil ini,berkahwin dengan seniwati Halah Fuad dan mendapat seorang cahaya mata bernama Haitham. Meninggal dunia pada 27 March 2005 setelah sekian lama menderita penyakit cancer.

9) Shukri Sarhan
Anak kelahiran dari bumi Sharqiah ini lahir pada tahun 1925, mula melibatkan diri dalam seni lakun pada tahun 1949 apabila digandingkan bersama seniwati Naemah A'kef dalam filem 'Lahalibou'. Setelah itu diambil berlakun oleh pengarah terkenal Yusuff Shahin dalam filem 'Ibnu Nile, bermula dari sinilah bakat seni lakonya tergilap dan digilap sedikit demi sedikit. Pernah mendapat pingat kehormat negara dari President Gamal Abdul Nasir, dianugerahi berbagai anugerah seni sepanjang penglibatan beliau dalam bidang seni lakon, anugerah terbaik beliau sebagai pelakun terbaik pada ketika berlakon dalam filem ' Lailatu Qobd ala Fatmah' bersama Fatin Hamamah ditahun 1984. Keseluruhan filem lakonan beliau kesemuanya menjangkau 150 filem dari tahun 1949 hingga 1991. Menghabiskan saat-saat akhir umurnya dengan membaca Al-Quran, terkenal dengan sifatnya yang terlalu suka membaca al-quran sehingga digelar orang sebagai Pencinta Quran, menghembuskan nafas bersama kecintaanya dengan al-quran pada tahun 1997, semoga Allah merahmati roh beliau dengan berkat Al-Quran.

* Ramai lagi tokoh2 tersohor dari Sharqiah, akan di uptodate jika terluang insyallah.

Kenali Syarqiah

Posted by Pretty on , under | comments (0)



Wilayah Syarqiah Mesir yang merupakan salah satu wilayah terbesar dikawasan delta Mesir, terletak kira-kira 7o kilometer dari bandaraya Qohirah, mempunyai sejarah awal sejak zaman Firaun lagi dimana syarqiah merupakan ibunegeri bagi kerajaan Firaun dinasti ke 12 dan 22. yang mana 'Bubastoh' adalah ibu negerinya. Cukup banyak memiliki kisah dan kesan sejarah seperti Shon Hajar, Tel Vastoh dan lain-lain dijumpai di Wilayah Syarqiah.

Muhafazoh Syarqiah juga tersohor dengan kisah para Ambiya semisal kisah Nabi Musa a.s, Nabi Ya'qob a.s dan Nabi Yusuff a.s. Disinilah terjadinya pertembungan diantara kebenaran dan kepalsuan. Di tanah inilah Nabi Musa a.s dilahirkan lalu dihanyutkan oleh bondanya sehingga sampai kepangkuan Firaun, disinilah juga perdebatan ketuhanan antara firaun dan Nabi Musa a.s sehingga Firaun memerintahkan seluruh bala sihirnya melawan Nabi Musa a.s sudah pasti iinabatilakanazahu qoooo....

Selain itu kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha isteri al-Aziz Mesir juga terjadi disini, sejarah merakamkan kisah yang cukup banyak tentang wilayah ini, peperangan dan pertumpahan darah sering berlaku disebabkan faktor geografinya yang dilihat sebagai gerbang masuk penjajah ke dataran Mesir sejak raja-raja Heksos lagi.


Wilayah Syarqiah sekarang lebih dikenali dengan sektorl pertanian seperti kapas, padi beras, gandum, sayuran hijau dan buah-buahan teristimewa pula sekarang sektor perikanan dan ternakan agak pesat dijalankan kebelakangan ini.
Kuda liar putih ditengah bendera hijau merupapan syiar atau lambang rasmi bagi muhafazoh nih, lambang yang istimewa ini tidak ada dimana-mana daulah kerana keistimewaannya yang tersendiri kerana disini merupakan tempat pembiakan sehingga 80% kuda-kuda baka arab tulin di Mesir sejak zaman-berzaman.

Kebanyakan kependudukan wilayah ini berasal dari semenanjung tanah arab yang berhijrah dan menjalankan aktiviti pembakaan kuda-kuda baka baik khususnya qobilah arab Thohawiah dan lainnya yang bertaburan di markaz Bilbis, Abu Hammad, Husainiyah, Kafr Soqr dan Faqus, kuda atau dikenali sebagai khail atau khuyul fluralnya diternak untuk dijual atau dipertandingkan di Mesir atau diluar Mesir, ramai peminat dan pembeli kuda datang ke sini untuk mendapatkan kuda baka arab sejati kerana sudah ma'ruf kuda yang terbaik di dunia adalah yang dari baka arab sejati.
Setiap tahun di Bandar Bilbis diadakan mahrojan khuyul sebagai acara tahunan sebagai salah satu langkah untuk menarik pelancung datang. walaupun begitu saya yang doksini takpernah pergi pun sebab tak minat sangat..ekekekk

Jika 28 february merupakan ulang tahun kemerdekaan mesir dari inggeris pada tahun 1922 dan 18 june adalah ulang tahun pengisytiharan Rebuplic pada tahun 1952 Syarqiah mempunyai tarikh ulang tahun kejayaannyer tersendiri pada 9 sebtember sebagai hari kebangsaan Syarqiah yang mana pada hari Jumaat 9 Sebtember 1881 tercetusnya revolusi bangsa mesir.


Scenery or manzhor dari kubri Arabie

Posted by Pretty on Thursday, November 1, 2007 , under | comments (0)





Sungai Mooes berlatar-belakangkan Masjid Fath, masjid terbesar di Zagazig merangkap masjid negeri, Tok Imam besar dio nama Syeikh SollehAbdul Adhim. di sungai inilah kawe dan kawe-kawe mengisytodkan diri, walaupun takpernah dapat ikan-ikan besor, arab kata ikan taqiiiiiiel awie aku tak kesah mana sebab di souk dekat ngan koubrie gadis banyak yang besor, pergi beli ajorlah kalau ana hasis biih.