Latest News

Al-kesah min Nile River.

Friday, November 2, 2007 , Posted by Pretty at 1:46 AM

Nile River, sungai yang penuh dengan sejarah ketamadunan manusia sejah berkurun lama, sungai yang dianggap terpanjang di dunia merentasi 9 buah negara, panjangnya tak kurang dari 6,650 km (4,132 batu), walaupun ada penyelidik yang mengclaim Amazon river 'longer than Nile' aku cuma boleh bagi komen " lantak ngkolaah nak claim apo pong " bukanlah taknak percaya dengan yang diclaim sebagai fakta-fakta baru, macam-macam kebarangkalian kita boleh agak, mumkin saja-saja nak sohor kot, auw ada kepentingan pihak tertentu, bagi kawe yang memang ta'assub dengan kemesiran ni tetap kata Nile River 'longer than Amazon' , nak tengok pelbagai fakta geografi dunia bolehlah klik disini , ada juga yang mendakwa mata air baru sungai Nile ditemukan pedalaman hutan hujan Nyungwe, Rwanda.

Tapi kita jangan lupa, kita sebagai orang islam ada fakta kita sendiri, sumber hadis nabi menjadi pegangan, kata-kata ulama menjadi pedoman, dari kisah isro' dan mi'rojnya junjungan besar ada menyebut asal sungai Nile, sungai ini berasal dari Jannah, dua sungai yang berasal dari syurga iaitu Nile dn Furrot, Ya..! sudah tentu kedua-dua sungai inilah yang terpanjang, berasal dari sidroh dan mengalir ke bumi dengan kuasa Allah. berkata Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis tentang sungai nile dan furrot " Asal sungai Nile dan Furrot dari Syurga, mengalir keluar dari Sidroh mengikut kehendah tuhannya, kemudian keduanya mengalir turun ke bumi dan mengilir kearah yang ditentukan tuhan. wallahua'lam bissowab. [sumber]

Okey, kita abaikan asal-usul sungai Nile, suka qawe berkongsi sedikit kisah sungai Nile yang kita sayangi, kisah yang bermanfaat jika kita pandai mengambil manfaat, sungai bukan hanya tempat memancing dan mandi, dengan sungai kita boleh ambil teladanya, ibarat air dan sungai tidak dapat dipisahkan, jika berpisah rosaklah mudhof dan mudhofun ilaihnya :) , bermula kisah Nile yang ta'at.

Kita umat islam pasti tahu kisah bagaimana Saidina Amr bin Al-Al'ash mengadu kepada kalifaatuthanie Saidina Omar bin Al-Khattab tentang Nile yang semakin surut, penduduk mesir yang sejak zaman berzaman mengamalkan kekhurafatan dengan mengorbankan gadis sunti berhias sebagai pengorbanan dan tanda kesyukuran kepada sungai nile menjadi tak tentu arah, bermulakamahlah antara ketakwalan mereka dan adat songsang turun temurun lantas mereka mengadu kepada gabenor dan bercadang mengorbankan salah seorang anak gadis mereka, lalu Saidina Amr Bin Ash sebagai gabenor mesir mengutus surat menceritakan perihal bangsa dan negara kepada amirulmukminin.

Saidina Umar pun mengirim surat yang mashur kepada sungai nile yang berbunyi antara lain maksudnya " Jika kamu mengalir dari diri dan kuasamu sendiri kami sama-sekali tidak memerlukanmu, tapi jika mengalirnya kamu dengan kuasa dan kehendak Allah s.w.t, maka aku bermohon kepadaNya mengalirlah kamu seperti sediakala " kisah yang sangat mashur ini disaksikan oleh penduduk mesir pada waktu itu, inilah bukti kebenaran islam dan kekuasaan Ilahi, kekeramatn auliya'nya nyata, inilah waktu-waktu kekeramatan aulia'Nya dapat disaksi oleh masyarakat secara nyata.

bersambung dilain episod..........malas doh weh nok tulis.



Currently have 0 comments: