Kenali Syarqiah
Friday, November 2, 2007
, Posted by Pretty at 1:36 AM
Wilayah Syarqiah Mesir yang merupakan salah satu wilayah terbesar dikawasan delta Mesir, terletak kira-kira 7o kilometer dari bandaraya Qohirah, mempunyai sejarah awal sejak zaman Firaun lagi dimana syarqiah merupakan ibunegeri bagi kerajaan Firaun dinasti ke 12 dan 22. yang mana 'Bubastoh' adalah ibu negerinya. Cukup banyak memiliki kisah dan kesan sejarah seperti Shon Hajar, Tel Vastoh dan lain-lain dijumpai di Wilayah Syarqiah.
Muhafazoh Syarqiah juga tersohor dengan kisah para Ambiya semisal kisah Nabi Musa a.s, Nabi Ya'qob a.s dan Nabi Yusuff a.s. Disinilah terjadinya pertembungan diantara kebenaran dan kepalsuan. Di tanah inilah Nabi Musa a.s dilahirkan lalu dihanyutkan oleh bondanya sehingga sampai kepangkuan Firaun, disinilah juga perdebatan ketuhanan antara firaun dan Nabi Musa a.s sehingga Firaun memerintahkan seluruh bala sihirnya melawan Nabi Musa a.s sudah pasti iinabatilakanazahu qoooo....
Selain itu kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha isteri al-Aziz Mesir juga terjadi disini, sejarah merakamkan kisah yang cukup banyak tentang wilayah ini, peperangan dan pertumpahan darah sering berlaku disebabkan faktor geografinya yang dilihat sebagai gerbang masuk penjajah ke dataran Mesir sejak raja-raja Heksos lagi.
Wilayah Syarqiah sekarang lebih dikenali dengan sektorl pertanian seperti kapas, padi beras, gandum, sayuran hijau dan buah-buahan teristimewa pula sekarang sektor perikanan dan ternakan agak pesat dijalankan kebelakangan ini.
Kuda liar putih ditengah bendera hijau merupapan syiar atau lambang rasmi bagi muhafazoh nih, lambang yang istimewa ini tidak ada dimana-mana daulah kerana keistimewaannya yang tersendiri kerana disini merupakan tempat pembiakan sehingga 80% kuda-kuda baka arab tulin di Mesir sejak zaman-berzaman.
Kebanyakan kependudukan wilayah ini berasal dari semenanjung tanah arab yang berhijrah dan menjalankan aktiviti pembakaan kuda-kuda baka baik khususnya qobilah arab Thohawiah dan lainnya yang bertaburan di markaz Bilbis, Abu Hammad, Husainiyah, Kafr Soqr dan Faqus, kuda atau dikenali sebagai khail atau khuyul fluralnya diternak untuk dijual atau dipertandingkan di Mesir atau diluar Mesir, ramai peminat dan pembeli kuda datang ke sini untuk mendapatkan kuda baka arab sejati kerana sudah ma'ruf kuda yang terbaik di dunia adalah yang dari baka arab sejati.
Setiap tahun di Bandar Bilbis diadakan mahrojan khuyul sebagai acara tahunan sebagai salah satu langkah untuk menarik pelancung datang. walaupun begitu saya yang doksini takpernah pergi pun sebab tak minat sangat..ekekekk
Jika 28 february merupakan ulang tahun kemerdekaan mesir dari inggeris pada tahun 1922 dan 18 june adalah ulang tahun pengisytiharan Rebuplic pada tahun 1952 Syarqiah mempunyai tarikh ulang tahun kejayaannyer tersendiri pada 9 sebtember sebagai hari kebangsaan Syarqiah yang mana pada hari Jumaat 9 Sebtember 1881 tercetusnya revolusi bangsa mesir.
Currently have 0 comments: